Bagaimana?
Salam sejahtera,semoga anda semua sihat tubuh badan dengan iman yang terjaga InsyaAllah.Tajuk artikel kali ini mungkin sensitive bagi sesetengah pihak tapi ana harapakan kalian semua bukalah minda seluas-luasnya untuk menilai isi kandungan penulisan ini. ‘’Sejuknya mata dan berbunga hati bila melihat kaum muslimat berpurdah,terdetik dalam sanubariku untuk mencari muslimat solehah yang berpurdah’’. Sebahagian kaum Muslimin sanggat sukakan muslimat solehah yang berpurdah kerana keterampilan berpurdah mengambarkan cara seseorang muslimat itu mengamalakn kehidupan secara Islami.Ayat diatas selalu didengari dari mulut muslimin yang akan terungkap bila dipersoalkan ciri-ciri muslimat dambaan hati mereka.Tapi akhir-akhir ini bila diperhatikan dalam halaman sosial Blog,Twitter dan terutama sekali di Facebook, kita semua dapat perhatikan bagaimana gelagat muslimat kita berposing di hadapan lensa kamera masing-masing.Berposing itu tidak salah tapi yang nak dipersoalkan disini mengapa semua itu dijadikan santapan awam?Adakah kerana ingin mengumpan kaum muslimin?atau? Setiap amalan kita dalam kehidupan ini tidak boleh dipisahkan dengan niat. Rujuk balik niat kita.Memakai purdah itu kita berniat untuk menjauhi fitnah daripada individu dan masyarakat luar terutama sekali kepada kaum muslimin.Memakai purdah dengan ikhlas akan memberi sedikit benteng maruah dan keimanan kerana pandangan orang awam terhadap muslimat yang berpurdah ini agak berlainan sedikit.Tapi bila sudah berlingkup dengan purdah,kenapa harus kita membuka ruang fitnah orang awam tehadap kita? 1)Membuka ruang fitnah yang bagaimana? dengan dedahkan gambarnyalh 2)Tapi kenapa? Entah,Tanya si Dialah. Hhhmm,Secara mantiqnya begini,Kita berada dalam kereta yang menuju suatu destinasi.Dalam kereta itu kita tidak nafikan yang kita berada dalam keadaan selamat.Tapi yang hairannya kenapa ada saudari kita yang disebelah buang tebiat dengan cara megeluarkan kepalanya keluar tingkap kereta sambil tersengeeeh.Alasan dia mengeluarkan kepalanya ke tingkap kereta “saje,nak tengop syabab2 diluar sana”(contoh).Dalam keadaan ini memberi ruang risiko yang sangat bahaya kepada dia, salah satunya kemungkinan kepalanya akan disambar oleh mat rempit,mungkin juga kepalanya akan tersangkut dekat tiang lampu dan bermacam-macam risiko yang dia berhadapan.Bagaimana nak selamat? caranya sitting quietly in the car politely. Beginilah diibaratkan bagi sesiapa yang berpurdah tapi menyebarkan fitnah melalui gambar-gambarnya.Walaupun berbunyi kasar tapi itulah hakikatnya.Moga-moga kita pandulah hidup ini dengan cara yang bersyariat dan selalu berdoa agar hidup ini diberkati Insya-Allah. Wallahu’alam.
SUMBER:
By: Pesan-pesan al-Quran & Hadith